Warning: include_once(/home/dppkipoh/public_html/wp-content/plugins/dum-dum/): failed to open stream: Success in /home/dppkipoh/public_html/wp-settings.php on line 473 Warning: include_once(): Failed opening '/home/dppkipoh/public_html/wp-content/plugins/dum-dum/' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/dppkipoh/public_html/wp-settings.php on line 473 dppkipohtimur.com » Dari Meja KP
<Photobucket

Firman Allah SWT yang bermaksud.

“Sesungguhnya mereka adalah golongan pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan lagi kepada mereka hidayah”.

(surah Al-Kahfi: 13)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.

“Bukanlah keperkasaan itu dinilai dengan kemampuan mengalahkan lawan dalam bergusti. Keperkasaan yang sebenar ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika (timbulnya perasaan) marah”

(Riwayat Imam al_Bukhari dan Muslim)

Pemuda adalah tulang belakang kepada kekuatan organisasi. Pemuda Islam mesti menjadi benteng kekuatan jamaah. Pemuda Islam di zaman Rasulullah adalah perisai utama kegiatan dakwah dan jihad umat islam. Pemuda mesti mengambil iktibar dari keberanian Saidina Ali ra, Umar Al Kattab ra, Usamah b. Zaid ra dan lain-lain dalam mempertahankan Islam. Ketaqwaan dan Keimanan Saidina Abu Bakar ra, Bilal b. Rabah ra, Mus’ab b. Umair ra dan Ammar b. Yasir ra mesti diagendakan. Hati mesti dihidupkan untuk menyemarakkan lagi roh perjuangan Islam.

Pemuda Islam mesti mempersiapkan dengan ilmu pengetahuan agar keberanian dan semangat dapat dipupuk dengan kefahaman dan pengetahuan. Tampanya semangat jihad akan luntur, kekuatan ukhwah akan longgar dan banyak agenda jamaah akan terbengkalai. Tetapi ilmu dan kefahaman akan memimpin semangat, kekuatan dan minda para pemuda agar terus mempertingkatkan lagi perjuangan dan pengorbanan untuk mendaulatkan Islam.

Alhamdulillah, di saat Islam ditekan dan ditindas, pemuda-pemuda Islam yang ditarbiah ini laju ke hadapan bagi mengisi kekosongan perjuangan. Pemuda PAS mesti terus kehadapan, agar masyarakat merasa yakin bahawa PAS mampu menjadi pemerintah dan pemimpin ummah. Hanya dengan keikhlasan, kesungguhan, ketaqwaan dan Istiqamah serta strategi yang besesuaian dengan realiti semasa, barulah kerja-kerja dakwah dan perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia akan tercapai dengan izin dan kurnia Allah SWT.

Oleh yang demikian diharapkan dengan wujudnya usaha dakwah melalui media maya ini akan terus membawa kebaikan kepada jamaah khususnya dan umat Islam amnya yang dahagakan maklumat semasa dan ilmu yang benar. Media perdana kini tidak lagi boleh dijadikan  altenatif kepada umat Islam untuk membentuk keperibadian dan akhlaq mulia dengan bercambahnya rancangan realiti berunsurkan maksiat bagaikan cendawan selepas hujan. Semoga Allah memberkati usaha kecil DPPK Ipoh Timur ini dan menganugerahkan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi Perak yang tercinta ini. Sirru ala barakatillah…

Salman b. Salleh

Ketua Pemuda PAS, Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur

 

Sekitar demonstrasi bantah Nik Aziz - 1 Disember 2009

Renungan


Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.
*********
Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri.
*********
Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.
*********
Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.
*********
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.
*********
Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya.
*********
Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain.
*********
Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.
*********
Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.
*********
Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
*********
Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
*********
Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.
*********
Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu.
*********
Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.
*********
Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.
*********
Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.
*********
Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.
*********
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.
*********
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.
*********
Tepati janji adalah kembar kepada benar.
*********
Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
*********
Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.
*********
Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.
*********
Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.
*********
Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.
*********
Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.
*********
Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.
*********
Halakan Kursor pada teks untuk membaca.

WAKTU SOLAT

Bagi Kawasan
Hulu Perak, K.Kangsar, Kinta, Batang Padang
Subuh 05:48
Syuruk 07:07
Zuhur 13:06
Asar 16:29
Maghrib 19:03
Isya 20:16

Perak : Zon 1

Pengikut

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN